Jom Korang Sertai Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup

Cuba bayangkan kita dapat gaji tetap setiap bulan RM3000. Seumur hidup pulak tu! Bukankah sesuatu yang paling membahagiakan. 

Orang tua kata, "Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.."

Passttt Korang tahu tak, sekarang ini Nestlé Malaysia telah melancarkan satu peraduan yang menawarkan hadiah yang cukup lumayan iaitu “gaji untuk seumur hidup”. Yerppp korang  Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup boleh disertai dengan hanya dengan membeli produk Nestlé bernilai RM15 di dalam satu resit.

Hadiah Menarik Ditawarkan

Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup menawarkan peluang kepada dua pemenang bertuah untuk memenangi Hadiah Utama berupa ‘Gaji untuk Seumur Hidup’ sebanyak RM3,000 setiap bulan, dan peluang kepada 10 pemenang Hadiah Sagu Hati untuk memenangi ‘Gaji untuk Satu Tahun’ sebanyak RM3,000 setiap bulan. Manakala hadiah wang tunai RM500 juga akan diberikan kepada 50 pemenang setiap minggu sepanjang tempoh peraduan selama 11 minggu. 

Oh ya korang pemilihan pemenang ada berdasarkan no siri dan semua peserta akhir akan berentap di acara final yang akan diumumkan oleh pihak penganjur kelak.

Take note : Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup akan berlangsung dari 14 Februari hingga 30 April 2020.



Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad, Encik Juan Aranols, berkata,

“Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup merupakan cara kami mengucapkan terima kasih di atas sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia kepada Nestlé dan jenama-jenama Nestlé selama lebih 100 tahun, dengan memberi rakyat Malaysia peluang seumur hidup untuk memenuhi impian mereka. Peraduan ini adalah yang terbesar setakat ini di Malaysia dan kami memberikan peluang dengan semudah yang mungkin untuk pelanggan Nestlé memenangi “Gaji untuk Seumur Hidup” sebanyak RM3,000 – hanya dengan membeli produk Nestlé kegemaran mereka!”


Cara-cara Penyertaan

Langkah 1: Beli sebarang produk NESTLÉ® yang turut serta bernilai minima RM15 dalam 1 resit. Setiap RM15 akan diberikan 1 Nombor Bersiri.


Langkah 2: Jawab soalan berikut

Soalan
“Terdapat 3 Pemenang Hadiah Utama bagi PERADUAN NESTLÉ® GAJI SEUMUR HIDUP* ini.
Betul atau Salah?”

Langkah 3: Tuliskan nama penuh, No. MyKad dan jawapan di atas resit asal anda. Ambil 1 gambar yang lengkap dan jelas dan WhatsApp penyertaan anda ke 013-232 2168.

Atau korang muat turun borang penyertaan atau dapatkan borang di mana-mana pasaraya yang mengambil bahagian.

Lengkapkan borang penyertaan, jawab 1 soalan, sertakan resit bercetak asal dalam 1 sampul surat dan lekatkan setem yang mencukupi. Hantarkan melalui pos biasa sahaja ke alamat berikut:

Peraduan NESTLÉ® Gaji Seumur Hidup*
Nestlé Products Sdn. Bhd.
Peti Surat 8812
Pejabat Pos Kelana Jaya
46798 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

Langkah 4: Pengumuman pemenang akan dimuat naik di laman Dear Nestle, jadi pastikan anda sentiasa menyemaknya.


Korang boleh pilih lebih 300 produk daripada 25 jenama Nestlé, dan menghantar seberapa banyak penyertaaan yang diingini. Lebih banyak penyertaan yang dikemukakan, lebih tinggi peluang untuk menang! Gitchew!!

Ahem! Selain itu korang juga boleh membeli satu set MILO MAKAN KOMBO di McDonald’s bernilai RM19.90 untuk menyertai peraduan ini.


Peruncit yang mengambil bahagian termasuk pasar mini utama, pasar raya, pasar raya hiper, kedai stesen minyak, kedai serbaneka dan juga platform e-dagang, termasuk Lazada dan Shopee, di seluruh Malaysia yang mengeluarkan resit rasmi sebagai bukti pembelian. Peruncit lain juga termasuk Qoo10, 
Jom Korang Sertai Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 14, 2020 Rating: 5

17 comments:

  1. No siri tu mcm mana nak dapat?

    ReplyDelete
  2. Yes. Rawlins dah isi. Doakan moga berjaya - insyaAllah boleh bantu keluarga lebih dengan adanya duit kemenangan nie kelak

    ReplyDelete
  3. Anonymous

    No siri tu...once kita send tru whatsaaps..satu resit 1 no siri....(comp akan count)

    ReplyDelete
  4. Untung al sesiapa yang dapat menang RM3k seumur hidup ni...siapa lah yg bertuah nanti ta?

    ReplyDelete
  5. pergh, hebatnya hadiah-hadiah yang diorang tawarkan. rugini kalau tak join.

    ReplyDelete
  6. Wowww bestnya dapat gaji setiap bulan seumur hidup tu....okay nak beli nescafe nanti boleh join...bestnyaaa!! excited plak kita..

    ReplyDelete
  7. hadiah dia memang gempak..siapala yang bertuah tu ye..Siapa taknak gaji seumur hidup tu..rasa nak try pulak..hehhee

    ReplyDelete
  8. Berminat pulak k mid..kat umah mmg peminat tegar milo bole lah beli dan dapatkan no.siri..tq for sharing

    ReplyDelete
  9. kat rumah memang dok selalu beli milo. ikut la boleh ikut join.. cara pun mudah je tu haa.. mana tau ada rezki leh menang

    ReplyDelete

  10. Soalan
    “Terdapat 3 Pemenang Hadiah Utama bagi PERADUAN NESTLÉ® GAJI SEUMUR HIDUP* ini.
    Betul atau Salah?”

    Lihat di Brosur Utama 2 sahaja. Adakah benar ?

    ReplyDelete
  11. Tq ayu..ingat nak join lah, mana tahu ada rezeki. Nanti kalau beli brg nestle akak akan simpan resit

    ReplyDelete
  12. Wajib masuk ni kak! Mana la tau kot2 rezeki kita nak menang ni kan? Allahu sujud syukur kalo menang ni

    ReplyDelete
  13. dalam satu resit ..kalau resit tu bersama produk2 lain tapi barangan nestle lebih dari rm15 boleh ke?

    ReplyDelete
  14. Hi sis. Resit rasmi lazada tu macam mana? And no siri tu dia send ke lepas kita hantar resit di whatsapp?

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.