Mr Mufe - My Lepak Buddy | Platform Streaming Online Terbaru Dengan Kandungan Bermutu

Mr Mufe - My Lepak Buddy | Platform Streaming Online Terbaru Dengan Kandungan Bermutu -Tidak dinafikan masyarakat dunia hari ini mula beralih kepada penggunaan media dalam platform digital. Apatah lagi dengan capaian internet yang laju memudahkan pengguna untuk mengakses kandungan digital yang diinginkan pada bila-bila masa dan di mana jua.

Pastinya kita cukup sinonim dengan platform media digital seperti Netflix, iflix, VIU dan pelbagai lagi. Yerp! Masyarakat lebih berminat untuk menonton dari platform ini berbanding dari rancangan di televisyen tradisional yang sedia ada.

Melihat kepada perkembangan dan penerimaan platform online streaming dikalangan masyarakat Malaysia dan juga dunia hari ini, tidak hairanlah media tradisional televisyen juga mula mengubah modul perniagaan mereka. Secara tidak langsung ianya mewujudkan satu ekosistem yang boleh menghubungkan penyedia kandungan (content provider) dan juga pengguna kandungan (content consumer). Apa yang pengguna mahukan, penyedia kandungan akan realisasikan.

Pengenalan Mr Mufe - My Lepak Buddy

Terkini syarikat tempatan Malaya United Films & Entertainment Sdn. Bhd. telah memperkenalkan sebuah platform online streaming terbaru iaitu Mr. Mufe - My Lepak Buddy. Cara sebutan Mr. Mufe adalah Mr. MuuFee. Bunyi memang 'catchy', menggambarkan bagaimana pengguna melepak (hang out) sambil menikmati kandungan yang disediakan di dalam platform Mr Mufe. Kandungan utama adalah di dalam Bahasa Malaysia dan Mr. Mufe ini bakal diperkenalkan pada pertengahan tahun 2020.

 Mr Mufe - My Lepak Buddy menawarkan pelbagai rancangan versatil yang segar, ori dan terkini. Antaranya seperti :-
  • Telefilem
  • Drama Bersiri
  • Filem Pendek
  • Filem Cereka
  • Program Realiti
  • Gameshow
  • Bual Bicara
  • Program Masakan
  • Program Kesihatan
  • Program Kecantikan
Malaya United Films & Entertainment Sdn. Bhd juga telah memperkenalkan Blockchain, cloud computing (our own cloud) dan juga mewujudkan CDN (Content Delivery Network) tersendiri bagi pengurusan data dan P&P. Ini bagi memastikan segala karya dan produk di dalam Mr Mufe - My Lepak tidak menjadi mangsa cetak rompak (hakcipta terpelihara).

Target pengguna adalah dari usia 9 tahun sehingga 99 tahun yang mana boleh ditonton daripada TV Pintar, Game Console, PC, iMac, iPhone, android dan pelbagai lagi. Pendekatan kandungan program adalah lebih kepada kekeluargaan dengan lebih 6 bahasa diperkenalkan.

Pengenalan Mr Mufe - My Lepak Buddy di Fasa 1

Platform Mr Mufe - My Lepak Buddy juga tidak akan hanya tertumpu di Malaysia bahkan di negara-negara yang lain. Untuk fasa 1 ini ianya akan di mulakan di 5 negara secara serentak. Antara negara tersebut adalah:-
  • Malaysia
  • Pakistan
  • India
  •  Indonesia
  • United Arab Emirates
Dan seterusnya pengenalan aplikasi ini ke negara-negara lain untuk fasa kedua dan selanjutnya.


 Sekiranya kita tidak berkesempatan membawa keluarga untuk menonton filem terkini di pawagam, jangan risau kerana Mr Mufe - My Lepak Buddy akan menawarkan filem-filem ini. Pastinya kita tidak akan ketinggalan menontonnya :-) Selain daripada karya yang dihasilkan oleh produksi Malaya United Films Entertainment, Mr. Mufe - My Lepak Buddy juga menawarkan karya yang dihasilkan secara usahasama bersama produksi-produksi tempatan.

Bagi penggiat seni tanahair,  Malaya United Films Entertainment juga memberi peluang untuk mereka meletakkan karya yang dihasilkan sebagai salah satu kandungan di Mr Mufe - My Lepak Buddy. Ini terutama buat pemain industri yang masih baru dan inginkan hasilkan cerita-cerita pendek hebat yang berpotensi untuk pergi lebih jauh.

PERCUMA Untuk 6 Bulan Yang Pertama

Berita baik untuk semua masyarakat Malaysia, sebagai perkenalan kepada Mr Mufe - My Lepak Buddy untuk tempoh 6 bulan pertama beroperasi pengguna boleh menikmati (menonton) semua kandungan yang ditawarkan secara PERCUMA (tidak termasuk Filem Cereka). Untuk Filem Cereka ada sedikit caj dikenakan iaitu USD0.99 cent per filem.

Tawaran Iklan Yang Cukup Murah dan Berbaloi

Jangan risau biarpun ada iklan, namun ianya adalah untuk paparan di awal kandungan dalam tempoh 30 saat sahaja. Jadi ianya tidak akan menganggu perjalanan cerita yang ditonton. Bagi mereka yang ingon mengiklankan produk atau servis syarikat bolehlah merebut tawaran yang diberikan iaitu hanya USD00.05 untuk 10 saat per slot. Sangat murah dan berbaloi!

Pra-Pelancaran Mr Mufe - My Lepak Buddy

Satu majlis pra pelancaran Mr Mufe - My Lepak Buddy telah diadakan di Palace of The Golden Horse pada 29 Januari 2020. Pra pelancaran platform ini telah dilaksanakan oleh Yang Berbahagia Dato' Kamil Othman.

Turut kelihatan di majlis pelancaran adalah orang-orang kuat Malaya United Films & Entertainment Sdn. Bhd serta pemain-pemain industri seni yang begitu aktif membangunkan dunia seni tanahair secara komited dan konsisten.

Rentetan dengan pengenalan Mr Mufe - My Lepak Buddy ini memberi lebih banyak pilihan buat pengguna dalam dunia streaming online untuk program yang lebih berkualiti dan terbaik dengan tawaran pakej yang cukup berbaloi serta jimat.

Untuk keterangan lebih lanjut, boleh LIKE dan FOLLOW, laman sosial media Mr Mufe - My Lepak Buddy di:-

https://www.facebook.com/MufeWorld
https://www.instagram.com/MufeWorld
https://twitter.com/MufeWorld


#mufe #mufeworld #Malaysia #mrmufe #asia #TvShows #dramaserial #movies #talkshows #cookingshow #beautyshow #shortfilm #telemovie #India #Pakistan #uae #dubai #producer #filmmaker #iot #bigdata #blockchain #ottplayer #OTT #skmm #kkmm #Entertainment

Mr Mufe - My Lepak Buddy | Platform Streaming Online Terbaru Dengan Kandungan Bermutu Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 29, 2020 Rating: 5

25 comments:

  1. Ni memang keluaran Malaysia ke kak? Salutenya kalo mmg produk kita sebab bukan senang ye nak bangunkan sesuatu cam i pulak2 bakal tembus pasaran dunia hehehe. Nak try la sebab free 6 bln kan?

    ReplyDelete
  2. Hebat ni, sebabya orang Melayu kita punya ni..
    Jujurnya Sis ni jarang nak donload apps bagai ni tapi yang ni macam menarik pulak..nanti nak tengok-tengok..

    Tahniah buat mereka..

    ReplyDelete
  3. Macam menarik pulak apps Mr. Mufe ni. Macam macam ada yang kita boleh layan. Kalau ni produk Malaysia rasa bangga sebab semakin maju setapak ke hadapan dalam industri ni.

    ReplyDelete
  4. Thank you for Great write up.

    The following Links for latest news about Mr. Mufe

    https://www.facebook.com/MufeWorld
    https://www.instagram.com/MufeWorld
    https://twitter.com/MufeWorld

    #mufe #mufeworld #Malaysia #mrmufe #asia #TvShows #dramaserial #movies #talkshows #cookingshow #beautyshow #shortfilm #telemovie #India #Pakistan #uae #dubai #producer #filmmaker #iot #bigdata #blockchain #ottplayer #OTT #skmm #kkmm #Entertainment

    ReplyDelete
  5. Comelnya Mr. Mufe ni! Makin banyak digital platform untuk kita layan movie. Dah tak payah susah2 pergi cinema dah. Ikut timing kita nak layan apa2 entertainment.

    ReplyDelete
  6. Saya suka konsep dieorang bagi pada content creator yang nak masukkan short film diaorang sekali dalam ni. Biasa content creator banyak product tapi tak ada platform untuk show off dieorang punya masterpiece.

    ReplyDelete
  7. Yeay. Lepas nie boleh ajak rerakan nonton sesama filem-filem pendek kat Mr Mufe. Ini cara yang bagus bagi menghargai usaha pereka filem tempatan dan pendek:

    ReplyDelete
  8. bagus juga dengan adanya benda baru mcm ni.. kita sebagai pengguna yang untung.. ada banyak pilihan.. mana yang bagus kita kena grab peluang untuk guna..

    ReplyDelete
  9. Bagus event macam nih rasanya dah dua kali melepas untuk ke Event nih! masa yang tarikh tak free terima kasih sudi kongsikan ilmu-ilmu yang dapat dekat event tu

    ReplyDelete
  10. wahh terbaiklah! inovasi terbaik anak melayu! tak sangka ada jugak yg berjaya buat aplikasi sebegini. nak download lah nnti :)

    ReplyDelete
  11. macam menarik sangat platform ni kak. rasa tak sabar pulak nak tunggu. tak sangka la kan dr orang melayu kita. bukan kaleng2 nie. hehe

    ReplyDelete
  12. pelbagai la channel dari aplikasi baru Mr Mufe ni ye. Yang terbaiknya ianya dari anak melayu sendiri. macam nak install jugak la nanti. support anak bangsa sendiri. semoga hasil anak bangsa kita berjaya seperti netflix, iflix dan seangkatan dengannya

    ReplyDelete
  13. wah...menarik tu. leh try app ni nanti.

    ReplyDelete
  14. Wow first time dengaq ni... Mcm2 appas ada skrg ni ya... Netflix la iflix la... Ni lepak buddy plak... MR Mufe nama diberi ya... Boleh la nak down load apps mr mufe ni

    ReplyDelete
  15. wah, nak kena install gak ni. Kadang kat rumah bosan tul asyik tengok cerita yang sama je. Ni alang2 free ni kena manfaatkan ni. Kalau best, leh sambung subcribe. Bila lagi nak support produk tempatan kan.. yeszaa

    ReplyDelete
  16. Wah... Hebat seyh! Menarik tertarik dengan rancangan yang ada. Tak sabar nak install dan layannnnn my me time

    ReplyDelete
  17. Pergh bagus gila ada macm ni..tengah tak tau buat ape, boleh layan movie, cerita dalam ni..wah free untuk 6 bulan pertama

    ReplyDelete
  18. Nampak macam menarik app ni.Gambar Mr Mufe tu comel je...Best la dpt free untuk 6 months

    ReplyDelete
  19. tahniah, makin banyak animasi daripada local company kita. banyak pilihan untuk anak2 kita

    ReplyDelete
  20. Very good points you wrote here..Great stuff...I think you've made some truly interesting points.Keep up the good work. mixparlay

    ReplyDelete
  21. A great content material as well as great layout. Your website deserves all of the positive feedback it’s been getting. I will be back soon for further quality contents. Fafa191

    ReplyDelete
  22. I wish more authors of this type of content would take the time you did to research and write so well. I am very impressed with your vision and insight. agen judi

    ReplyDelete
  23. This is such a great resource that you are providing and you give it away for free. I love seeing blog that understand the value. Im glad to have found this post as its such an interesting one! I am always on the lookout for quality posts and articles so i suppose im lucky to have found this! I hope you will be adding more in the future... buy real instagram likes drip feed

    ReplyDelete
  24. Everything has its value. Thanks for sharing this informative information with us. GOOD works! judi slot

    ReplyDelete
  25. Thanks for your post. I’ve been thinking about writing a very comparable post over the last couple of weeks, I’ll probably keep it short and sweet and link to this instead if thats cool. Thanks. free instagram likes instantly without password

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.