Grolier Keymatic Membantu Anak Saya Untuk Belajar Matematik Dengan Lebih Mudah dan Seronok

Grolier salah sebuah syarikat penerbitan buku dan bahan pendidikan kanak-kanak terbaik di dunia telah memperkenalkan alat pendidikan terbaru mereka iaitu Grolier Keymatic. Apa yang menarik mengenai produk ini ianya dapat membantu meningkatkan lagi kemahiran matematik seawal usia kanak-kanak 4 tahun.

Grolier mula menapak di Malaysia pada tahun 1962 dan telah banyak memperkenalkan bahan bantuan pengajaran terutama buat anak-anak di rumah. Dan untuk pengetahuan semua produk Grolier Keymatic ini merupakan produk pertama bantuan pembelajaran matematik yang diperkenalkan oleh syarikat Grolier.

Satu majlis pelancaran produk Grolier Keymatic telah diadakan bersempena dengan MAHA2018 di Maeps Serdang. Turut diadakan sesi pengenalan dan penerangan ringkas mengenai produk yang mampu memberi sedikit informasi buat pengunjung yang hadir ke tapak pameran. Saya sendiri yang berada di sana begitu teruja melihat kepada kaedah matematik yang boleh dipelajari menerusi produk Grolier Keymatic.

Alat bantuan Grolier Keymatic ini sangat membantu untuk kita belajar fakta Matematik dengan cara yang sangat menyeronokkan dan unik. Satu alatan pembelajaran kinestetik serta visual yang mampu menggalakkan pemikiran di luar kotak fikiran anak.

Produk Grolier Keymatic ini terbahagi kepada 5 bidang utama Keymatic iaitu tambah, tolak, bahagi, darab dan pecahan. Apa yang menarik ianya direkabentuk bagi anak kita untuk belajar secara mandiri (tidak bergantung kepada orang lain), membina keyakinan diri serta dapat menggilap kemahiran melalui sentiasa bersedia memberikan jawapan, pengukuhan serta pantas dalam memberi respon jika diuji dengan soalan matematik.

Apa yang saya dapat disimpulkan menerusi alatan pembelajaran Grolier Keymatic ini ialah:

Mengasah skil anak dari segi matematik logik. Ini terutama dari segi pengetahuan asas nombor serta pengiraan yang dapat boleh diselesaikan dengan mudah. Bagi saya bila kita dapat ajar anak dari kecil (seawal 4 tahun) sangat membantu mereka menerokai bidang matematik ini dengan lebih meluas lagi. Sekaligus dapat mendidik anak-anak bahawa matematik ini sememangnya sangat menyeronokkan. Bukanlah pelajaran yang susah yang sering diperkatakan.

Memberi spatial/ ruang memori (ingatan) terbaik buat anak. Saya percaya jika kita sentiasa membuat aktiviti matematik bersama anak menggunakan Grolier Keymatic ini secara tidak langsung dapat memberikan memori (ingatan) yang baik. Ini kerana kaedah yang diaplikasikan jika berturut-turut melakukanny setiap hari (5-30 minit) dapat membantu mengekalkan memori (ingatan) terutama penyelesaian kaedah matematik samada tambah, tolak, darab, bahagit dan pecahan.

Aplikasi kaedah kinestetik dalam pembelajaran. Selalunya kinestetik ini orang kaitkan untuk anak-anak yang hyperaktif namun sebenarnya ianya juga boleh digunakan untuk semua kanak-kanak. Untuk pengetahuan semua aktiviti pembelajaran kinestetik akan melibatkan proses sentuhan, rasa dan mengalami sendiri melalui pengalaman pembelajaran yang dilalui. Kanak-kanak yang biasa dengan kaedah pembelajaran kinestetik tinggi akan mempunyai kelebihan dalam memahami ilmu dengan lebih cepat. Dan sebenarnya kaedah ini memberi lebih keselesaan dalam pembelajaran secara fizikal berbanding dengan pembacaan melalui cara membaca dan menghafal. Percayalah kaedah pembelajaran kinestik ini dapat membantu anak kita akan lebih cepat menghadam apa yang mereka pelajari.

Amani anak saya yang berumur 8 tahun berjaya menghabiskan latihan matematik mudah menggunakan konsep kaedah tambah bersama produk bantuan pembelajaran Grolier Keymatic.

Beliau paling teruja bila melihat di bahagian belakang jawapan yang diberikan adalah tepat!

Interpersonal. Saya memang suka Grolier Keymatic ini antaranya sebab saya boleh mengajar anak saya secara face-to-face. Kita boleh berdialog dan mengajar anak dengan lebih santai. Sekaligus aktiviti interpersonal ini dapat mengeratkan hubungan kita dan anak (bonding time juga!). Saya juga perhatikan ketika saya menggunakan gaya pembelajaran interpersonal dalam pembelajaran di rumah, saya dapat mengenali kelebihan dan kekurangan anak dalam sesuatu penguasaan bidang. Sekaligus memudahkan saya untuk memahami anak terutama karektornya ketika menerima pembelajaran.


Intrapersonal. Ini adalah konsep pembelajaran secara individu. Kita belajar dan berkomunikasi secara sendirian. Seperti produk Grolier Keymatic ini sangat praktikal sebab ianya boleh dibawa ke mana sahaja. Contoh ketika dalam penerbangan yang mengambil masa berjam-jam lamanya, kita berikan mereka alatan pembelajaran Grolier Keymatic. Saya percaya mereka akan seronok menghabiskan masa belajar matematik dengan kaedah bermain dan mencari jawapan. Saiznya agak kompak jadi mudah dibawa ke mana sahaja.

Pengenalan Grolier Keymatic ini sangat sesuai dan bertepatan dengan sistem pendidikan baru yang diperkenalkan oleh Menteri Pendidikan Malaysia iaitu Dr Maszlee Malik. Di mana bermula pada tahun 2019, tiada lagi peperiksaan untuk murid tahun 1 sehingga tahun 3. Bahkan akan diperkenalkan sistem pembelajaran yang lebih menyeronokkan tanpa tekanan.  Ini adalah selaras dengan dengan model pembelajaran RTI (Response to Intervention), iaitu proses yang digunakan oleh pengajar bagi membantu pelajar yang mempunyai masalah kemahiran dalam pelajaran.

Grolier Keymatic dilengkapi dengan lima set Keymatic yang terdiri daripada 4 buku kerja (mudah dan boleh dipadam), empat pen marker yang boleh dipadam (empat warna berlainan) dan juga buku panduan untuk ibubapa (ini menarik kerana saya boleh jadikan panduan ketika mengajar anak-anak di rumah).

Serius saya sangat rekomenkan produk Grolier Keymatic buat ibubapa di luar sana. Jom sama-sama menarik minat anak dalam dunia matematik melalui pembelajaran unik dan menyeronokkan. Dapatkan produk ini di ejen jualan bertauliah Grolier Asia ya!!

Keterangan lanjut boleh layari:-

Grolier Keymatic Membantu Anak Saya Untuk Belajar Matematik Dengan Lebih Mudah dan Seronok Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 28, 2018 Rating: 5

17 comments:

  1. wahhh menarik ni tapi anak pun masih dalam perut ni jadi masuk list dulu hihi.matematik ni memang kena banyak practice dan cari kelainan nak bagi anak minat kan.airah dulu pun tak berapa suka matematik tapi bila dah pandai buat asyik nak buat je

    ReplyDelete
  2. Bagusnya Grolier ni. Seawal 4 tahun pun budak da boleh faham asas matematik ye? Dulu Qiya pun tak suka matematik sebab tak faham asas yang sebenar. Tapi once da faham matematik la subjek favourite. Dengan budak-budak ni kalau ajar matematik kena bercerita baru faham kan. Bagi diorang boleh imagine sesuatu operasi tu. Tapi dengan adanya bantuan pembelajaran matematik grolier ni mungkin tahap imagination anak-anak boleh meningkat sebab diorang akan ingat apa yang diorang visualize.

    ReplyDelete
  3. Ohh syira pernah dengar explaination pasal Grolier ni dekat baby fair dulu. Syira tertarik jugak masa tu sebab material/buku yang Grolier tonjolkan memang menarik dan mampu membuatkan anak minat untuk belajar benda asas.

    ReplyDelete
  4. SA pernah dengar pasal Grolier ni tp x ingat kat mana...nak suruh adik SA dptkan la sebab senang anak-anak buah SA excited belajar benda baru...

    ReplyDelete
  5. Macam menarik tapi macam pelik juga hehehe tak apa dah tua ni semua nombor main kalkulator jer wakakakak.. Tapi bagu satu usaha dan anisiatif untuk memudahkan kanak-kanak belajar....

    ReplyDelete
  6. They are innovative in education and learning materials. I would say a good brand too and very long for many years with a good reputation too.

    ReplyDelete
  7. Ini merupakan kali pertama sy mendengar istilah Grolier Keymatic. Nampak satu benda yg bagus utk dipraktuikkan pd kanak2 untuk mengenal asas ilmu matematik. Alat Bantu Mengajar (ABM) juga nmpk begitu menarik dan pasti menarik perhatian setiap kanak2. Nanti nk dapatkan satu set Grolier nie utk anak buah saya

    ReplyDelete
  8. First time tengok bahan pembelajaran sebegini. Lebih mudah anak2 nak belajar. Teknik yang lebih mudah dan menarij bolehenimbulkan minat belajar pada anak2

    ReplyDelete
  9. Grolier ni mmg well-known company untuk buku-buku pembelaran dari dulu kan. Banyak pendekatan diorang buat untuk tingkat minat anak-anak dlm belajara. Yg Grolier Keymatic ni first time dengar. Nampak macam cool je, bkn anak, mak budak pun mcm excited nak belajar macam ni. hehe

    ReplyDelete
  10. Kita suka subjek kira-kira ni..hehehe..tapi akaun tak suka.haaha. menarik la tengok ni, seawal 4 tahun dah boleh guna..bagus ni..tengok alat dia tu lain daripada yang lain. Kene usha facebook dia ni nak tau lebih lanjut. Pertana kali degar pasal ni. Nak tahun depan dah 4 tahun..boleh cuba dekat dia. Matematik ni memng kena ajar cara yang betul

    ReplyDelete
  11. Baguslah.. Ada kelas belajar untuk mata pelajaran matematik. Sebenarnya kalau hafal dan teknik mengira dengan betul mmg matematik ni sangat mudah.

    ReplyDelete
  12. Wah memang menarik dan sangat bagus. Cara ini dapat memupuk minat kanak-kanak ke arah bidang matematik. Mereka akan lebih tertarik jika guna teknik yang betul.

    ReplyDelete
  13. baguslah grolier ini.. leh AM cuba utk anak2 AM.. si kakak nie mmg lemah skit subjek matematik.. terima kasih atas informasi berguna nie..

    ReplyDelete
  14. Dulu takut nak pi tempat Grolier. Kalau ternampak dekat pesta buku, pasaraya, mesti menolak awal-awal. Haha. Sebab mahal kan kak. Pastu anak bila dah suka, kita sebagai ibu bapa serba salah. So, tunggu mak ni ada duit gaji, barulah rela hati pi Grolier. Hahaha. Bagus produk mereka ni. Kita sebagai ibu bapa pun seronok spent masa dengan anak-anak.

    ReplyDelete
  15. jika berminat nak tahu tentang produk grolier..kami bukan sahaja menyediakan sistem pembelajaran yang ringkas,sistematik malah interaktif..anak akan bermain sambil belajar secara santai..sesuai daripada SEAWAL USIA BAYI 6BULAN ! sehingga ke 17tahun.. meningkatkan penguasaan bahasa inggeris,matematik iQ dan pengetahuan am.. BERMINAT WHATAPPS SEGERA 0134803065 @ CALL 0179190186 ABDUL HADI (EDUCATION CONSULTANT SAH)

    ReplyDelete
  16. Ok uols boleh dapatkan grolier set by ws me at 0145114441

    ReplyDelete
  17. PERMAINAN ONLINE TERBESAR DI INDONESIA

    Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia ^^
    Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat :)
    Memiliki 8 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino

    - Adu Q
    - Bandar Q
    - Bandar Sakong
    - Bandar Poker
    - Poker
    - Domino 99
    - Capsa Susun
    - BANDAR66 / ADU BALAK ( GAME TERBARU )

    Permainan Judi online yang menggunakan uang asli dan mendapatkan uang asli ^^
    * Minimal Deposit : 20.000
    * Minimal Withdraw : 20.000
    * Deposit dan Withdraw 24 jam Non stop ( Kecuali Bank offline / gangguan )
    * Bonus REFFERAL 15 % Seumur hidup tanpa syarat
    * Bonus ROLLINGAN 0.3 % Dibagikan 5 hari 1 kali
    * Proses Deposit & Withdraw PALING CEPAT
    * Sistem keamanan Terbaru & Terjamin
    * Poker Online Terpercaya
    * Live chat yang Responsive
    * Support lebih banyak bank LOKAL


    Contact Us

    Website SahabatQQ
    WA 1 : +85515769793
    WA 2 : +855972076840
    LINE : SAHABATQQ
    FACEBOOK : SahabatQQ Reborn
    TWITTER : SahabatQQ
    YM : cs2_sahabatqq@yahoo.com
    Kami Siap Melayani anda 24 jam Nonstop

    Daftar SahabatQQ

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.