Essano adalah jenama penjagaan kulit semula jadi yang paling laris di New Zealand. Dihasilkan daripada bahan semulajadi, dan telah disahkan oleh badan pemeriksaan dan pensijilan terbesar di dunia - EcoCert.
En. Anthony Gadsdon menyatakan bahawa nama "Essano" berasal dari gabungan Essence dan Sano. Kata Essence mewakili "intipati alam semula jadi" manakala Sano adalah perkataan Latin yang bermaksud "semula jadi" dan "sihat".
Essano telah diperkenalkan oleh En. Shane Young dan Mr. Anthony Gadsdo pada tahun 2013, dengan menggunakan kebaikan bahan dari alam semula jadi Diilhamkan dari tumbuhan liar, mereka membuat keputusan untuk mencipta produk penjagaan kulit organik yang dapat menyuburkan dan mencerahkan kulit selain dapat memberikan hasil yang menakjubkan.Tiada bahan pengawet, tiada pewarna tiruan, tiada wangian, tiada minyak mineral, tiada bahan tercemar dan tiada pengujian terhadap haiwan.

Pelancaran ini juga dirasmikan oleh wakil Guardian Malaysia dan New Zealand Trade & Enterprise (NZTE) melalui acara memotong reben selepas menyampaikan ucapan masing-masing.
wah ni produk organik ya? :D
ReplyDeletesyaza..aah
ReplyDeleteI appreciate the detailed information on the natural ingredients used, especially the focus on sustainability. It's always exciting to learn about new brands that prioritize quality and eco-friendly practices.
ReplyDelete