Merdeka!Merdeka! LAZADA Blogger Contest :-)
Bermula dari detiknya bendera Union Jack diturunkan dan dinaikkan dengan bendera Malaysia yang kini lebih dikenali sebagai Jalur Gemilang, membawa penubuhan sebuah negara baru yang mempunyai 14 negeri didlamnya iaitu Malaysia.
Selain daripada tarikan budaya yang pelbagai, hidangan makanan tempatan yang enak tiada bandingan memang antara yang saya bangga menjadi rakyat Malaysia. Lebih menarik hidangan dari Malaysia bukan sahaja mempunyai rasa yang unik bahkan ianya juga mampu dipasarkan ke peringkat global (dunia).
Bahkan ada sesetengah hidangan istimewa bukan sahaja menjadi kegemaran masyarakat setempat bahkan ianya juga diminati pelbagai bangsa. Contohnya seperti nasi dagang, nasi kerabu, tosei, roti canai, dim sum yang sememangnya menjadi pilihan masyarakat Malaysia tidak kira bangsa dan agama.
60 tahun lamanya kita merdeka, hasil pejuangan pejuang negara yang sanggup berkorban demi maruah dan kebebasan negara. Saya bangga menjadi pewaris pejuang-pejuang ini yang sentiasa tekad membebaskan negara dari genggaman penjajah. Dan sebagai generasi yang mewarisi kebebasan yang diberikan, apa yang saya dan semua masyarakat Malaysia perlu lakukan adalah sentiasa bersatu hati, berganding bahu untuk teruskan kekalkan keharmonian Malaysia yang selama ini telah dirasai.
Pertumbuhan ekonomi Malysia juga semakin hari semakin berkembang. Banyak inftrastruktur dibina dan paling mengesankan kehadiran produk jenama tempatan yang mula menguasai pasaran dunia dan tempatan
Antara jenama tempatan yang menjadi kegemaran satya tentunya dari jenama SSF. Porduk yang dikeluarkan dari jenama SSF adalah barangan perhiasan rumah. Antaranya seperti bantal, kerusi, langsir, bakul pakaian dan sebagainya. Dn saya biasanya akan mecari produk SSF ini dari platform pembelian talian LAZADA - Nak tahu lebih banyak produk SSF di LAZADA, boleh KLIK SINI!
Sempena dengan Merdeka! Merdeka! Sale di LAZADA, saya berminat dengan 2 barang SSF yang ditawarkan di sini iaitu SSF HJÖRDIS KITCHEN TROLLEY WITH 3 DRAWERS dan SSF KIÍVAHA TABLE & 4 STOOLS (BROWN).
Saya sangat sukakan meja seakan almari yang bergerak yang mempunyai roda ini. Ianya dapat memudahkan saya untuk dijadikan tempat hidangan ketika tetamu datang. Pada masa yang sama ianya juga boleh bersungsi sebagai tempat simpanan brang. Memang praktikal bukan?
Dengan konsep rekaan yang sederhana tapi tampil kemas dan unik menjadikan set meja makan ini nampak begitu esklusif. Dengan saiznya yang tidak besar memang sangat membantu menjimatkan ruang rumah. Menarik, bukan?
xoxo;
Merdeka!Merdeka! LAZADA Blogger Contest :-)
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
August 31, 2017
Rating:
Adui kak..banyak tuh 80%. Tapi baru tahu ni..hahah! melepas gigit jari la I...hehehe. Takde rezeki nampaknya.
ReplyDeletenany- untung kan kalau dpt grab brgn 80% diskaun tu hehehe
ReplyDelete